Kerjaya kelab Alassane Pléa

Lyon

Pléa melakukan penampilan sulungnya untuk Lyon pada 7 Oktober 2012 dalam perlawanan Ligue 1 menentang Lorient selepas menggantikan Bafétimbi Gomis pada minit ke-90 dalam aksi yang berkesudahan seri 1-1.[3]

Nice

Pléa meninggalkan Lyon dan menyertai Nice pada musim panas tahun 2014 untuk meneroka peluang beraksi dengan lebih kerap dalam perpindahan yang bernilai 450,000 paun sterling.[4] Semasa berada di bawah pengedalian pengurus Claude Puel, beliau telah berpindah posisi ke bahagian tengah. Beliau mula mengasahkan bakatnya di bawah kendalian Puel dan bakatnya menjadi lebih tajam apabila di bawah bimbingan pengurus baru, Lucien Favre.

Pada 20 Oktober 2016, Pléa menjaringkan gol tunggal permainan semasa menentang Red Bull Salzburg pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa. Perlawanan itu merupakan kemenangan pertama Nice dalam kejohanan Eropah yang diadakan di gelanggang lawan setelah sebelum mencatatkan 15 perlawanan di tempat lawan tanpa meraih sebarang kemenangan.[5] Pada tiga hari kemudian, beliau menjaringkan hatrik di Ligue 1 semasa menewaskan Metz 4-2 sekali gus membolehkan Nice mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan jurang perbezaan empat mata.[6]

Pada 20 Februari 2017, Pléa menjalani pembedahan artriskopi pada bahagian lutut kanannya di Lyon lalu memaksanya untuk berehat selama lima bulan. Pada lapan hari sebelumnya, beliau mengalami kecederaan pada lutut kanannya ketika separuh masa pertama perlawanan Ligue 1 menentang Rennes sekali gus memaksanya untuk dikeluarkan pada minit ke-43. Pada 21 Februari 2017, beliau merupakan penjaring terbanyak bagi pasukan Nice pada saingan Ligue 1 di samping menjadi penjaring gol kelima terbanyak dalam kalangan pemain Ligue 1 untuk musim 2016-17 iaitu dengan sebelas gol dihasilkan.[7][8]

Sambil beraksi dengan Mario Balotelli, beliau ternyata seorang pemain sayap yang terbaik dengan menjaringkan 27 gol dan sembilan bantuan jaringan sepanjang musim 2016-17 dan 2017-18.

Borussia Mönchengladbach

Pada Julai 2018, Pléa telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Borussia Mönchengladbach. Nilai perpindahan yang perlu dibayar kepada Nice dilaporkan sebanyak 25 juta euro.[9] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama kelab ketika menentang BSC Hastedt pada pusingan pertama DFB-Pokal pada 19 Ogos 2018 di samping menjaringkan hatrik pada perlawanan itu yang menyaksikan Gladbach membelasah pasukan lawan dengan skor jaringan 11–1.[10][11] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga pada 1 September semasa pasukannya terikat seri 1-1 bertemu Augsburg.[12] Beliau mengakhiri musim sulungnya bersama Gladbach dengan menjaringkan 12 jaringan gol liga dan 15 jaringan gol pada semua kejohanan.[13]

Pada musim berikutnya, Pléa dipuji kerana telah meningkatkan sudut kreatif pada kemahiran serangannya apabila beliau menyumbang kepada lapan jaringan gol dan tujuh bantuan gol pada 22 kemunculan Bundesliga beliau yang awal. Semasa menentang RB Leipzig pada 1 Februari 2020, Pléa telah menjaringkan gol pembukaan permainan sebelum dibuang padang apabila dilayangkan kad kuning yang kedua pada perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 setelah Gladbach mendahului lawan 2-0.[14][15] Pada 31 Mei, beliau menjaringkan gol kesepuluhnya pada saingan liga musim ini dan membantu kepada dua jaringan gol Marcus Thuram pada perlawanan mengecewakan 1. FC Union Berlin 4-1.[16]

Rujukan

WikiPedia: Alassane Pléa http://www.espn.com/soccer/match?gameId=526880 http://www.ligue1.com/ligue1/article/plea-does-tri... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/news/newsid=2... http://www.eurosport.fr/football/ligue-1/2016-2017... http://entreprises.lefigaro.fr/ap14-sports-06/entr... http://www.lfp.fr/ligue1/feuille_match/75993 http://www.footmercato.net/ligue1/entretien-avec-a... https://dirigeants.bfmtv.com/Alassane-PLEA-6685579... https://www.bundesliga.com/en/bundesliga/news/rb-l...